Follow Us @soratemplates

Saturday, 6 June 2020

Menghalau Lalat Dengan Cara Yang Mudah


Lalat berterbangan ke sana-sini sememangnya merimaskan mata yang memandang. Lebih-lebih lagi kalau jumlah lalat yang berterbangan itu dalam kuantiti yang banyak..

Lalat merupakan serangga kecil yang aktif berterbangan ke sana, ke sini.Lalat boleh terbang dengan cepat dan sangat aktif ketika cuaca panas.

Lalat juga merupakan serangga yang cepat membiak.Lalat mempunyai kitaran hidup yang singkat iaitu sekitar 5-7 hari.

Telur-Larva-Pupa dan dewasa..

Telur lalat pula berukuran 1-2mm panjang dihasilkan oleh induk betina secara tersusun sehingga 500 biji telur didalam beberapa hari.

Sekiranya bau makanan itu sangat kuat seperti bau belacan,ikan masin, hanyir darah ikan,daging atau ayam.Maka, akan cepatlah lalat datang menyerang.

Kadang-kadang disebabkan bau tadi,bukan lalat-lalat biasa datang menyerang.Ada sejenis lalat hijau yang dinamakan sebagai langau datang menyerang. Lalat langau ini pula bersaiz besar sedikit daripada biasa.

Selain daripada lalat langau,banyak lagi jenis-jenis lalat yang ada.
Lalat yang biasa kita nampak itu dinamakan sebagai lalat rumah.Ia banyak berkerumun ditempat pembuangan sampah.

Selain itu Ada juga lalat bunga,lalat askar hitam,lalat buah.


Bukan saja merimaskan mata yang memandang.Kadang-kadang tue apabila lalat dah terlampau banyak,rasa geli pun ada.

Bayangkanlah kalau kedai makan yang dikerumuni dengan lalat.Sanggup ke kita untuk singgah dan menjamu selera di kedai tersebut.Pastinya kita akan mencari kedai lain untuk menjamu selera dan menikmati makanan.



Jika dibiarkan lalat hinggap dimakanan yang terhidang.Boleh menjadi punca kepada keracunan makanan akibat daripada termakan telur lalat.Maka,akan meranalah perut kerana termakan telur lalat tadi..

Berapa jam selepas termakan telur lalat.Perut mulalah menunjukkan reaksi seperti memulas,pedih.Kemudian jika keadaan bertambah teruk.Boleh mengakibatkan cirit birit.

Apabila sudah mengalami cirit birit..Mulalah kerap ke tandas dan bertapa didalam tandas.Seterusnya,akibat kerap ke tandas badan menjadi lemah..Tekak pun sudah mula menjadi mual Dan kembang..Muntah pula yang akan keluar..

Sekiranya ini terjadi,sememangnya kena pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan dengan segera.Keadaan akan menjadi bahaya jika dibiarkan cirit birit berlarutan..

Bayangkanlah,kerana seekor lalat boleh menjadi punca kepada keracunan makanan.

Lalat oh lalat..datangnya tidak diundang..Nak menghalaunya pun bukannya senang.Seekor dua lalat tue mungkin kita boleh hapuskan mengunakan kertas atau pemukul lalat saja..Jika segerombolan lalat sudah datang menyerang.Memang tak cukup tangan untuk menghapuskannya.

Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya..Untuk menghalau dan menghapuskan lalat juga pasti punya cara untuk mengatasinya.

Bagi mengelakkan lalat terus menerus menganggu kententeraman dan merimaskan mata. 



Bahan-bahan buangan terutamanya sisa makanan haruslah dibungkus dengan plastik hitam terlebih dahulu. Jangan biarkan sampah merata-rata kerana ia mampu menarik minat lalat untuk hinggap.
Manakala, tong sampah pula harus dibersihkan agar tidak berbau. Tong sampah yang berbau juga menarik minat lalat untuk hinggap dan singgah. Inilah sumber makanan mereka. Tong sampah juga hendaklah sentiasa ditutup dengan rapat. Tidak dibiarkan terbuka dan seterusnya mengalakkan lalat datang menghampiri.

Mengunakan lilin atau perangkap lalat juga adalah salah satu cara bagi megelakkan lalat daripada terus menganggu. Dengan mengunakan cara ini, lalat tidak lagi dapat terbang bebas dan mudah terperangkap di dalam perangkap lalat.

Tips atau petua untuk menghalau lalat daripada yang boleh digunnapakai agar lalat tidak terus menganggu..

1) Letakkan beberapa kuntum bunga cengkih di dalam mangkuk yang berisi air. Letakkan didiatas meja makan dan biarkan mangkuk bersama bunga cengkih tadi terdedah begitu saja. Aroma bunga cengkih tadi mampu menghalau lalat dari kawasan tersebut.

2) Potong limau nipis kepada dua bahagian. Kemudina cucukkan bunga cengkih dan letakkan di kawasan banyak lalat tadi.



3) Serbuk kayu manis juga mampu menghalau lalat. Caranya dengan menaburkan serbuk kayu manis dikawasan yangbanyak lalat.

4) Dengan mengunakan lilin aroma terapi juga mampu menghalau lalat daripada menghampiri. Caranya adalah dengan membakar lilin aroma terapi dan biarkan ianya menyala. Dan pastinya lalat tidak akan menghampiri.



5) Pengunaan serai wangi atau produk yang berasaskan serai wangi juga dikatakan mampu menghalau lalat atau mengurangkan lalat daripada berkerumun. Untuk menghasilkan sendiri pes serai wangi caranya mudah sahaja iaitu dengan mengisar serai wangi bersama air. Dan kemudian letakkan air tadi di dalam botol spray. Kemudian, boleh digunakan atau spray saja ditempatyang banyak lalat tadi. Atau dengan lebih mudah, anda boleh dapatkan produk yang berasaskan serai wangi yang berada di pasaraya atau kedai-kedai runcit.

6) Jika lalat sudah terlalu banyak berkerumun terutamanya didewan-dewan makan asrama, kilang, sekolah ataupun disesuatu kawasan yang sangat-sangat menitik beratkan tentang kebersihan. Memanggil syarikat pest control juga adalah pilihan yang terbaik bagi menyelasaikan masalah lalat daripada terus membiak dan merebak.

Begitulah serba sedikit cerita tentang lalat. Moga ianya bermanafaat buat semua pembaca blog ini. Bersama-sama kita utamakan kebersihan walau dimana pun kita berada. Dengan membasmi kewujudan lalat pasti makanan yang kita hidangkan dapat terhindar daripada kotoran atau kerosakan.

Membasmi lalat agar tidak memudaratkan kesihatan. 










No comments:

Post a comment